Friday, 29 June 2012

Wahai Pecinta...

Cinta adalah satu anugerah daripadaNYA yang sangat indah
Tetapi tidak dinafikan bahawa cinta itu boleh membutakan manusia
Kadang kala kita boleh lupa cinta kita kepada Maha Pencipta kita.

Ingatlah wahai pecinta-pecinta di luar sana,
Dikala kalian semakin jauh membuta
Kembalilah walau hanya sebentar
Untuk kembali mendapatkan cinta hakiki
Kerana cinta inilah satu-satunya cinta yang kekal selama-lamanya..
Sayang sekali jika kita hanya mengejar cinta sementara
Sedangkan cinta hakiki kita tinggalkan tanpa dibaja dan disirami dengan kasih sayang kita.

Ingatlah wahai pecinta-pecinta di luar sana,
Lebihkanlah cinta hakiki daripada cinta sementara
Dan jangan pula kita hanya mengejar cinta hakiki sahaja tanpa mendapatkan cinta sementara
Begitu juga sebaliknya
Kerana kedua-duanya adalah sama penting untuk kita..

- pencari NUR

No comments:

Post a Comment

-Silalah comment kalau anda suka..
-Saya tak memaksa :)