Tuesday, 28 May 2013

Hati Ini 9

Ketika aku melihat rupanya
Hatiku merasa getar
Ketika aku melihat wajahnya
Hatiku menjadi tenang dari segala pelbagai masalah
Fikiran yang kusut menjadi kosong tiba-tiba
Hati yang resah menjadi aman tiba-tiba

Aku tidak tahu apa maksudnya disebalik semua ini
Aku berada dalam dilema
Berada di dua persimpangan
Yang mana jika aku memilih antara satu
Maka jalan yang satu lagi bakal membawa derita pada yang lain

Ketika ini aku inginkan ketenangan
Aku mula rasa ingin bersendirian
Aku merasa diri ini tidak layak untuk membahagiakan sesiapa pun
Hanya kecewa yang sentiasa ada di penghujung jalan
Antara cinta dan kawan
Salah satunya juga akan membawa derita dalam hatiku

Lebih baik aku sahaja yang pergi
Dan berdiam diri itu adalah lebih baik
Daripada rasa sakit yang amat itu dirasai selepasnya
Lebih baik ia dirasai sekarang

-pencari NUR

Wednesday, 15 May 2013

Cinta Di Hati Manusia

Cinta..

Ianya adalah suatu perkara yang dianggap suci oleh sekalian manusia
Ianya mampu mencipta syurga di dalam hati setiap manusia
Ianya mampu memberi bahagia dalam kehidupan setiap manusia

Namun..
Cinta itu mampu memberi seribu kesakitan
Cinta itu mampu memberi seribu kepahitan
Cinta itu mampu memberi seribu kedukaan

Hanya manusialah yang mampu alaminya
Hanya manusialah yang mampu mengharunginya
Dan.. hanya manusialah yang mampu mengatasinya

Cinta..

Ianya dianggap buta oleh segelintir manusia
Ianya dianggap neraka oleh segelintir manusia
Ianya dianggap racun oleh segelintir manusia

Namun..
Segelintir manusia ini adalah orang yang tidak tahu apa erti sebenarnya cinta
Segelintir manusia ini adalah orang yang tidak berjaya melepasi halangan cinta
Segelintir manusia ini adalah orang yang tidak percaya akan sucinya cinta
Kerna itu mereka menganggap ianya hanyalah satu dusta

Wahai sang pecinta
Jika kau memahmi erti sebenarnya cinta
Engkau akan mengetahui bahawa manisnya cinta itu tidak dapat diungkap dek kata-kata
Dan cinta yang paling manis rasanya
Adalah...
Cinta padaNYA (Allah SWT)
dan Cinta pada RasulNya (Muhammad SAW)

-pencari NUR

Thursday, 4 April 2013

Cinta Kau Dan Aku

Bunga-bunga yang bertaburan
Alam ibarat meraihkan
Luhurnya satu percintaan
Bagaikan telah ditakdirkan

Namun cinta kau dan cinta ku
Banyak halangan datang bertamu
Mampukah ditempuh satu persatu
Terdayakah menahan  onak beribu

Hatiku semakin terluka
Bila setiaku kau permainkan
Mengapa harus sengsara
Bila cinta dalam genggaman

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNYA ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukku

Tiap cinta ada cerita
Penuh onak ranjau yang berliku
Ku tabah harungi jua
Dugaan cinta kau dan aku

Cinta kau dan aku
Mungkinkan bersatu
KepadaNYA ku pohon restu
Kembalikan dia... kepadaku
Kepadaku..


-pencari NUR

Thursday, 28 March 2013

Hati Ini 8

Aku tidak mengharapkan engkau sesempurna ulama yang bersih dari segala dosa..
Aku tidak mengharapkan engkau sesempurna ustaz yang sentiasa mengelak daripada dosa..
Aku tidak mengharapkan engkau sesempurna muslimin yang sentiasa istiqomah di dalam dirinya..
Kerana aku tahu dimana engkau mahu berada..

Aku mencintaimu seadanya tentang dirimu,
Aku tidak memandang rupa parasmu,
Aku tidak memandang hartamu,
Aku tidak memandang penampilanmu,

Wahai kekasih hati...

Cukuplah sekadar engkau sempurna di mataku,
Aku tau imanmu tidaklah setinggi alim ulama..
Akhlak mu tidaklah sehebat ustaz muslimin..
Tapi cukuplah sekadar engkau
Mampu memimpin ku ke jalan kebaikan..
Mampu menjadi imamku..
Mampu menjadi khalifahku..
Mampu menjadi sebahagian dari hidupku..
Dan mampu membuatkan aku bangga kerana mecintaimu...

Wahai dirimu yang disayangi

Aku sangat mecintaimu
Aku sangat menyayangimu
Kerana aku sangat menyayangimulah
Aku cuba menghalang dirimu
dari terus terjerumus dengan perkara yang sia-sia...

Awak..
Berubahlah..
Bukan demi saya, tapi untuk diri awak jugak. Saya sayangkan awak sangat-sangat. Saya tak tahu macam mana lagi saya nak bagitahu awak. Dunia ni cuma sementara. Sedih hati ini melihat awak sebegini. Sakit hati ini bila awak diuji sebegini. Kalau pun awak tak sayangkan saya, tapi ingatlah tentang diri awak jugak. Jangan biarkan diri awak terus merana macam tu. Saya tak nak awak terus lalai. Kita masih ada Allah kan? Saya sayang awak.. Tapi awak tak pernah cuba buka hati awak tu untuk saya. Kalau betul awak sayangkan saya mesti awak tak kan lupa apa yang saya cakap dan pesan kat awak. Mesti awak pun tak kan lupakan saya....

Tapi....
Awak lupa.
Awak lupa tentang saya..
Saya sedih dan sakit hati.

-pencari NUR

Saturday, 23 March 2013

Hati Ini 7

Seharian aku mencari jawapan kepada pelbagai persoalan. Persoalan yang sering kali bermain difikiranku sejak tragedi yang dulu. Apakah aku ini hanyalah sebuah bebanan? Apakah aku ini sering membuatkan hidupmu menjadi tidak menentu? Adakah aku ini sering membuatkan dirimu menjadi rimas? Adakah aku ini hanyalah permainan hidupmu? Dan.. apakah salah perasaan ku ini?

Seharian berlalu umpama taufan melanda. Tidurku menjadi tak lena. Makanku menjadi tak lalu. Tubuhku umpama jasad di bumi tetapi jiwa terbang melayang. Bayanganmu ada di mana-mana. Tak tertanggung rindu ini terhadapmu. Air mata mengalir lagi.

Malamnya engkau hadir dengan kata-kata yang menyakitkan jiwa. Semalaman aku menangis berendam dengan air mata. Persoalanku ditinggalkan tanpa jawapan. Paginya aku menanti kata-kata yang dapat memujuk kembali hati yang sedang berduka ini. Aku menuntut kembali jawapan darimu.

Wahai kekasih hati maafkan aku kerana aku telah tersalah anggap tentangmu. Maafkan aku kerana aku sering memarahimu. Maafkan aku kerana aku tidak pernah memahami mu. Maafkan aku..

Kini aku mengerti segalanya. Maaf kerana aku tersalah anggap denganmu. Sikap aku terburu-buru kerana takut akan kehilanganmu. Tapi ketahuilah dirimu aku sangat mencintai dan menyayangimu. Datanglah berjuta lelaki pun engkau tetap pilihan aku. Kerana.. hati ini tidak pernah menyebut nama lain melainkan namamu. Hati ini tidak pernah tersentuh oleh sesiapa pun sejak ianya tertutup hanya untukmu.

Aku tidak memberikan kata janji. Tapi aku yakin hanya dirimu yang akan aku cintai hingga akhir hayatku. Bersama denganku, aku tidak akan pernah tinggalkanmu.

-pencari NUR

Thursday, 21 March 2013

Hati Ini 6

Cinta yang dulunya ditinggalkan, kurasakan bertaut kembali kini. Hari-hari yang berlalu semakin membahagiakan. Tangisan dahulu semakin hilang di pendengaran. Kini hanya tawa dan senyuman sentiasa bermain di bibir. Kurasa amat bahagia.

Pada mulanya aku rasakan was-was untuk menerimanya kembali. Tetapi, kerana hati ni sukar meninggalkannya.. kerana fikiran ini sukar meninggalkannya.. kerana mata ini sukar untuk tidak melihatnya.. kerana bibir ini sukar untuk tidak menyebut namanya.. kerana telinga ini sukar untuk tidak mendengar suaranya.. Aku kambali memberinya peluang. Walaupun diri ini kuat melarang untuk terluka kali seterusnya.

Bahagianya aku tidak terucap dek kata-kata. Bahagianya aku tidak terkeluar dek bibir berbicara. Andai dia tahu betapa hati ni sangat bahagia setelah dia kembali. Andai dia tahu betapa aku sentiasa mengharap padanya. Andai dia tahu betapa aku menyayanginya. Andai dia tahu betapa aku mecintainya dan segala perasaan itu adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana rasa ingin memiliki. Tetapi kerana rasa ingin mecintai dan dicintai.

Andai dia mengetahui segala yang ada dalam hati ini, pasti perkara yang sama tidak akan berlaku. Semakin lama, semakin aku merasai jarak antara kita semakin menjauh. Hari ini, masa kini, jam ini, detik ini, aku tertanya-tanya mengapa dirimu sukar memberi ruang untuk aku? Walaupun dirimu ingin kembali padaku, aku merasakan itu semua hanyalah kerana dirimu tidak mahu kesepian dan keseorangan. Tetapi aku tetap menerimamu seadanya kerana aku fikir untuk mengubat hatimu yang terluka.

Persoalan adakah tepat tindakan ku itu aku letakkan ke tepi. Tetapi saat ini aku merasa kosong, aku merasa sepi, aku merasa tersisih, aku merasa ditinggalkan, aku merasa kesunyian, aku merasa keseorangan, dan tangis yang dulu kembali semula...

-pencari NUR

Saturday, 2 March 2013

Memories of 19 February (Tari Grafik UiTM Kedah)

Setelah sekian lama tidak menari..sejak dari form 3 rasanya. baru-baru ni da events Kelab Grafik UiTM Kedah, saya involve kan diri dalam bahagian persembahan. Mulanya rasa tak yakin untuk conduct diorang buat persembahan tradisional. Sebab tak da pengalaman langsung. Yang tahu hanya menari je. Tapi alhamdulillah..diatas komitemen diorang semua masa training, menjadi gak persembahan tu. And saya rasa sangat bangga bila melihat hasilnya.

*^_^ peace..

saksikan video ini di
http://www.youtube.com/watch?v=oK1hagiW6xE

- pencari NUR

Tuesday, 12 February 2013

Hati Ini 5

Cinta.. Ada apa dengan cinta?

Manusia tidak dapat lari daripada mecintai dan dicintai. Kadang-kadang liku-liku yang ditempuhi adalah sangat sukar dan menjeratkan diri. Hanya yang kuat dan tabah, mampu atasi perjalanan itu hingga ke hujungnya.

Cinta.. Kadang-kadang ia datang tanpa diundang dan pergi tanpa di duga.

Sukar untuk melupakan kenangan yang lalu. Sering kali diri ini dihantui masa silam. Bagaimana diri ini tidak rebah kembali? Bagaimana diri ini tidak tersakiti lagi, jika berterusan dibayangi pahit getir hidup yang dulu.. Diri ini cuba mencari haluan, cuba mencari sinar bahagia dari sebuah ruang kehidupan, cuba mencari petunjukNYA di sujud terakhir istikharah. Tetapi DIA yang Maha Berkuasa berbicara lembut dengan ku. Sejak dulu lagi DIA berkata-kata pada ku. "Belum sampai waktumu wahai hambaku." Dari situ aku memahami segalanya.

Dikala diri ini cuba mengubah impian dan mimpi-mimpi indah, hadir kembali dia yang dulu pernah bertakhta di hati. Dikala hati ini cuba membuang segala perasaan cinta pada manusia, dia hadir kembali menyentuh hati yang tidak pernah sembuh lukanya. Dikala hati ini cuba melupakan segala kenangan, dia hadir mengingatkan segalanya. Dikala hati ini mudah menerima hadirnya seorang sahabat, dia kembali meminta peluang ke dua.

Wahai dirimu yang pernah aku kasihi,

Kisah kita telah lama berkubur. Apakah kerana kenangan kita masih belum terkubur engkau muncul kembali kini meminta ruang untuk bertakhta semula di dalam hati? Apa pula agenda mu kini? Tahukah dirimu dikala namamu sering kali menjadi sebutan, dikala segalanya tentang dirimu sering bermain di fikiran ku.. hati ini menangis semahu-mahunya. Tahukah dirimu diri ini sangat terseksa bila mata ini tidak mampu mengeluarkan setitik air mata pun.

Setelah engkau pergi meninggalkan aku dalam keadaan tertanya-tanya, hampir nyawa ini melayang dek terseksa dengan himpitan dugaan yang mendatang. Tanpa adanya sahabat di sisi, tanpa adanya keluarga di sisi, dan tanpa kasihNYA yang hakiki tidak mungkin aku masih bernafas hingga kini.

Apakah peluang kedua harus diberi? Apakah hukum karma ini harus ku lalui lagi? Apakah muslihat mu pada ku? Apa masih ada lagi dosaku dulu yang membuatkan aku kembali menjalani hukuman sebegini? Apa masih tidak ada lagikah ruang untuk aku mengecap bahagia?

-pencari NUR

Saturday, 2 February 2013

Pencari Nur

Saya cuba mengaplikasikan watak yang bermain di fikiran saya untuk hasilkan sebuah cerita nanti. Nantikan watak lelaki pula selepas ini.


- pencari NUR

Monday, 21 January 2013

Hati Ini 4

Sedang mencari sesuatu yang pasti...

Sukar untuk mencari seseorang dan memandang setiap keburukkannya adalah kesempurnaannya. Berkali-kali aku mencuba, tetapi belum ku temui hingga kini. Dulu aku juga seperti remaja-remaja lain. Pernah bercouple, tetapi bila kematangan mula mengajarku aku sedar itu semua hanyalah permainan masa muda.

Tetapi sejak pertama kali aku melihat si dia jangtung ini sentiasa berdegup kencang umpama petir mahu menyambar, umpama tsunami mahu melanggar.Dialah cinta pertamaku. Sukar benar untuk aku melupakannya. Sukar juga untuk aku menghiraukannya. Banyak benar halangan menimpa. Tetapi hati ini tetap bertekad tidak akan sesekali kembali padanya lagi.

Aku cuba mencari pengganti. Cuba mengisi hati.Tetapi semuanya hanya dipalit luka kembali. Tidak pernah aku temui sesiapapun yang aku ingin melihatnya seperti mana aku melihat dia yang dulu. Melihat setiap kesempurnaannya adalah satu kelebihannya, dan melihat keburukkannya umpama kesempurnaannya.

Hingga aku menemui seseorang. Seseorang yang beza tarafnya denganku. Seseorang yang berbeza darjatnya denganku. Ya, bagi aku semua itu tidak penting. Tetapi bagi dirinya? Tertanya-tanya kepada hati, sebenarnya si dia yang pertama kali aku jumpa sebelum aku bertemu dengan cinta pertamaku. Sejak pertemuan itu aku tertarik dengan perwatakannya ketika waktu lama dahulu.

Tetapi tidak tersangka hati yang pernah terdetik itu berbuah dan berbunga hingga kini. Tidak tahu apa, mengapa, dan bagaimana. Tetapi untuk masa kini dialah yang mampu mengubah pandangan mataku. Mungkin sebelum ini tidak aku hiraukan kerana dia adalah guruku dan aku fikir semua itu adalah mustahil. Tetapi tidak tahu mengapa hati ini semakin hari semakin kuat berkata-kata.

Namun kini aku sedar, manakan sama pipit dengan enggang. Dia telah menemui haluan hidupnya. Dia telah berjumpa dengan masa hadapannya. Tetapi aku.. Aku masih di sini. Tak mungkin aku mampu untuk berdiri sama tinggi dengannya. Dia guruku. Tidak mungkin sesekali aku akan musnahkan hubungan baik antara kami guru dan pelajar. Tidak mungkin dia juga menerima aku.

Ya Allah... Tiada apa yang aku inginkan di dalam hidup ini melainkan Engkau buangkanlah segala perasaan cintaku kepada manusia jika benar tiada jodohku di dunia ini.Jauhkan lah aku daripada semua perasaan itu.Aku tidak mahu terus menangisi manusia yang tidak diciptakan untukku.Sesungguhnya airmata ini aku hanya ingin alirkannya hanya untukMU Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

-pencari NUR

Sunday, 20 January 2013

Warkah Untuk Muhammad Rasulku

Engkau pergi meningglkan kami umat terakhirmu
Engkau pergi tanpa sempat memandang ke arah kami
Engkau pergi dengan sebaris katamu
Ummati.. Ummati.. Ummati...

Ya Muhammad Ya Rasul Allah
Ya Muhammad Ya Nabi Allah
Ya Muhammad Ya Kekasih Allah

Jika engkau masih hidup hingga kini
Pastinya engkau sangat kecewa dengan kami
Jika engkau masih hidup hingga kini
Pastinya airmatamu sentiasa mengalir kerana kami

Aku memerhati segenap ruang dunia ini
Kebanyakkan daripada kami lemas di telan duniawi
Hanya sesetengah daripada kami yang teguh berjuang untuk Islami
Namun tahukah dirimu mengenai dunia kini?

Ya Rasulku
Betapa aku merasa resah melihat dunia kini

Sirahmu semakin diketepikan
Ajaranmu semakin dihindarkan
Pengorbananmu semakin dilupakan
Harapanmu semakin dikuburkan

Betapa kami ini sangat kejam denganmu
Ya Muhammad
Betapa kami ini sangat mengecewakanmu
Ya Muhammad

Sungguh aku malu untuk berdepan denganmu
Sungguh aku malu untuk meminta syafaatmu
Sungguh aku malu untuk meminta syurga dari kekasihmu(Allah SWT)

Ya Muhammad Ya Rasulku
Ya Muhammad Ya Nabiku

Ku titipkan warkah ini untukmu
Aku sesungguhnya rindu padamu
Aku menjadi malu untuk berdepan denganmu
Aku tertanya-tanya..
Apakah aku masih layak untuk dikasihi mu?
Apakah aku masih layak menerima syafaat mu?

Kasihku padamu kian teguh di hati
Entah mengapa semakin hari aku merindui mu
Rindu ini semakin menebal di dalam hati
Segenap ruangnya hanya untukmu

Ya Muhammad
Namamu sentiasa di dalam doaku
Namamu sentiasa di dalam solatku
Namamu sentiasa di dalam hatiku

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT,
dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNYA...

-pencari NUR

Saturday, 19 January 2013

Rinduku Untuk Rasulku

Lahirnya adalah satu anugerah terbesar dariNYA
Lahirnya adalah satu nikmat terbesar dariNYA
Lahirnya adalah satu perubahan besar dariNYA
Lahirnya juga adalah umpama lahirnya sebuah permata yang sangat tidak ternilai harganya..

Muhammad Ya Rasulullah..
Muhammad Ya Rasulullah..
Muhammad Ya Rasulullah...

Besarnya pengorbananmu wahai kekasih Allah
Besarnya nilai setitik darahmu yang jatuh ke bumi demi kami Ya Rasul Allah
Tingginya harga airmatamu yang sentiasa menangisi kami Ya Muhammad
Tingginya harapan menggunungmu terhadap kami Ya Nabiku..

Ummati.. ummati.. ya ummati..

Inilah kata-kata akhirmu tika dirimu disambut ajal
Inilah kata-katamu yang membuat sekalian disisimu menangis dan terus menangis
Inilah kata-katamu yang sering di laungkan selepas ketiadaanmu
Inilah kata-kata yang sangat ingin didengari oleh kami

Ya Rasul Allah..

Rindunya kami terhadapmu lebih daripada dirimu merindui kami
Beruntungnya mereka yang dapat memandang matamu
Beruntungnya mereka yang dapat memegang tanganmu
Beruntung jua mereka yang dapat menyapu air matamu yang menitis kerana kami..

Ya Muhammad...
Ya Muhammad...
Ya Muhammad...

Rindu kami terhadapmu tidak terucap dek kata-kata
Rindu kami terhadapmu tidak terkeluar dek air mata
Rindunya kami terhadapmu kerana kami lahir selepas hidupmu...

-pencari NUR


Hayatilah Cinta Kerana Allah SWT

Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa
Cinta pada Allah sahaja yang abadi..

Cinta itu adalah satu anugerah terindah,
Cinta itu cuma satu patah pertkataan,
Maknanya berbeza bagi setiap insan..

Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta,
Tapi tidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta,
Kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar,
Sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati dan perasaan..

Cinta memang indah,
Tetapi apabila cinta disertai dengan dusta & penipuan,
Maka keindahan cinta itu akan hilang...

-pencari NUR

Thursday, 17 January 2013

The Letters

Hargai Orang Sekeliling Anda ^_^


Hati Ini 3

Aku kini tercari-cari apakah sebenarnya yang ada di dalam hatiku ini. Hati yang telah sekian lama terluka sentiasa terluka kembali apabila ianya hampir sembuh. Apa yang harus aku lakukan? Untuk melupainya sukar jua kerana setiap perkara yang berkaitan dengan dirinya sering mengekoriku.

Ya Tuhan, jika benar dia bukan jodohku Engkau hilangkanlah perasaan yang ada di dalam jiwa ini sejauh-jauhnya dan jika masih ada jodohku di dunia ini Engkau dekatkanlah kami agar aku tidak terseksa dan sentiasa menangisi seorang manusia yang tidak pernah memandangku. Kerana aku hanya ingin mengalirkan air mata ini hanya untukMu Ya Tuhanku..

-pencari NUR