Aku telah terlanjur perbuatan dek kerana terlalu melayan hati yang sedang kecewa..
Dulu dia jauh meninggalkan aku..dan kini dia kembali dengan membawa harapan..
Kenapa mesti kini dia perlu kembali??
Kenapa mesti di saat aku telah memiliki seseorang yang telah aku taburkan janji manisku padanya..
Kau hadir tanpa ku duga..
Dan kau pergi tanpa ku pinta..
Hadirmu memberikan ku sinar harapan..
Pergimu memberikan ku banyak tangisan..
Kini aku berada dilema..perlu memilih antara dua..
kamu tidak akan jatuh cinta buat kali kedua..
Tapi hati ini masih mecintainya..
Hubunganku dengan si dia bukan kerana aku mecintainya..tetapi kerana aku perlukan seseorang..
Kejamnya terasa bila aku sedar dimana hatiku berada..
Kini kau muncul tanpa ku duga..
Hadirmu kembali membawa sinar harapan untukku..
Kembali menceriakan hari-hariku..
Namun, bila masa berlalu..
Aku merasakan hati ini seolah-olah semakin takut akan kehilangan si dia..
Rasa cinta padamu dulu ku rasakan seolah-olah ia makin pudar..
Apakah sebenarnya rasa ini?
Adakah aku ini telah jatuh cinta buat kali kedua?
Atau aku hanya sekadar takut akan kehilangan?..
- pencari NUR
- pencari NUR
No comments:
Post a Comment
-Silalah comment kalau anda suka..
-Saya tak memaksa :)