Thursday, 13 September 2012

Hati Ini 2

Tercari-cari akan sesuatu dalam kehidupan ini..Kakiku berterusan melangkah mencari satu jawapan. Apakah sebenarnya yang Allah ingin tunjukkan padaku? Setiap kali DIA hadirkan seseorang dalam kehidupanku..setiap kali itu jua DIA menguji hatiku..

Engkau hadir tanpa ku pinta..Engkau pergi tanpa ku duga..Hadirmu umpama mentari yang menyinari gelapnya hidupku..

Setelah apa yang berlaku..setelah apa yang aku lihat..Aku kembali sedar bahawa aku tidak layak untuk berada disisimu..Aku tahu di dalam hatimu masih ada namanya..Dia cinta pertamamu..Kata orang cinta pertama sukar untuk dilupakan..

Sepanjang perkenalanku denganmu, hanya satu yang aku sentiasa fikirkan..
- "Alangkah indahnya jika aku adalah cinta pertamamu.."

Tapi aku tahu itu tidak mungkin berlaku..kerana takdir Tuhan tiada siapa yang tahu. Kini aku tidak tahu samada hati ku ini masih mempunyai cintamu. Kerana semakin hari aku jadi terfikir..adakah layaknya aku untuk dirimu?

Setiap hari aku mendoakan yang terbaik untukmu. Aku berharap semoga Allah SWT memberi pentujuk yang jelas untukku. Aku juga berharap agar hatiku tetap teguh untuk mu jika engkau adalah jodohku..jika sebaliknya aku mendoakan agar aku tidak menyakiti hatimu....

Wahai kekasih hati..semoga Allah sentiasa berada di sampingmu..

-pencari NUR

Friday, 7 September 2012

Hati Ini

Aku telah terlanjur perbuatan dek kerana terlalu melayan hati yang sedang kecewa..
Dulu dia jauh meninggalkan aku..dan kini dia kembali dengan membawa harapan..
Kenapa mesti kini dia perlu kembali??
Kenapa mesti di saat aku telah memiliki seseorang yang telah aku taburkan janji manisku padanya..
Kau hadir tanpa ku duga..
Dan kau pergi tanpa ku pinta..
Hadirmu memberikan ku sinar harapan..
Pergimu memberikan ku banyak tangisan..
Kini aku berada dilema..perlu memilih antara dua..

Kata orang..pilihlah orang yang kedua kerana kalau bukan kerana orang yang kedua
kamu tidak akan jatuh cinta buat kali kedua..
Tapi hati ini masih mecintainya..
Hubunganku dengan si dia bukan kerana aku mecintainya..tetapi kerana aku perlukan seseorang..
Kejamnya terasa bila aku sedar dimana hatiku berada..
Kini kau muncul tanpa ku duga..
Hadirmu kembali membawa sinar harapan untukku..
Kembali menceriakan hari-hariku..

Namun, bila masa berlalu..
Aku merasakan hati ini seolah-olah semakin takut akan kehilangan si dia..
Rasa cinta padamu dulu ku rasakan seolah-olah ia makin pudar..
Apakah sebenarnya rasa ini?
Adakah aku ini telah jatuh cinta buat kali kedua?
Atau aku hanya sekadar takut akan kehilangan?..

- pencari NUR