Tuesday, 28 May 2013

Hati Ini 9

Ketika aku melihat rupanya
Hatiku merasa getar
Ketika aku melihat wajahnya
Hatiku menjadi tenang dari segala pelbagai masalah
Fikiran yang kusut menjadi kosong tiba-tiba
Hati yang resah menjadi aman tiba-tiba

Aku tidak tahu apa maksudnya disebalik semua ini
Aku berada dalam dilema
Berada di dua persimpangan
Yang mana jika aku memilih antara satu
Maka jalan yang satu lagi bakal membawa derita pada yang lain

Ketika ini aku inginkan ketenangan
Aku mula rasa ingin bersendirian
Aku merasa diri ini tidak layak untuk membahagiakan sesiapa pun
Hanya kecewa yang sentiasa ada di penghujung jalan
Antara cinta dan kawan
Salah satunya juga akan membawa derita dalam hatiku

Lebih baik aku sahaja yang pergi
Dan berdiam diri itu adalah lebih baik
Daripada rasa sakit yang amat itu dirasai selepasnya
Lebih baik ia dirasai sekarang

-pencari NUR

Wednesday, 15 May 2013

Cinta Di Hati Manusia

Cinta..

Ianya adalah suatu perkara yang dianggap suci oleh sekalian manusia
Ianya mampu mencipta syurga di dalam hati setiap manusia
Ianya mampu memberi bahagia dalam kehidupan setiap manusia

Namun..
Cinta itu mampu memberi seribu kesakitan
Cinta itu mampu memberi seribu kepahitan
Cinta itu mampu memberi seribu kedukaan

Hanya manusialah yang mampu alaminya
Hanya manusialah yang mampu mengharunginya
Dan.. hanya manusialah yang mampu mengatasinya

Cinta..

Ianya dianggap buta oleh segelintir manusia
Ianya dianggap neraka oleh segelintir manusia
Ianya dianggap racun oleh segelintir manusia

Namun..
Segelintir manusia ini adalah orang yang tidak tahu apa erti sebenarnya cinta
Segelintir manusia ini adalah orang yang tidak berjaya melepasi halangan cinta
Segelintir manusia ini adalah orang yang tidak percaya akan sucinya cinta
Kerna itu mereka menganggap ianya hanyalah satu dusta

Wahai sang pecinta
Jika kau memahmi erti sebenarnya cinta
Engkau akan mengetahui bahawa manisnya cinta itu tidak dapat diungkap dek kata-kata
Dan cinta yang paling manis rasanya
Adalah...
Cinta padaNYA (Allah SWT)
dan Cinta pada RasulNya (Muhammad SAW)

-pencari NUR