Monday, 21 January 2013

Hati Ini 4

Sedang mencari sesuatu yang pasti...

Sukar untuk mencari seseorang dan memandang setiap keburukkannya adalah kesempurnaannya. Berkali-kali aku mencuba, tetapi belum ku temui hingga kini. Dulu aku juga seperti remaja-remaja lain. Pernah bercouple, tetapi bila kematangan mula mengajarku aku sedar itu semua hanyalah permainan masa muda.

Tetapi sejak pertama kali aku melihat si dia jangtung ini sentiasa berdegup kencang umpama petir mahu menyambar, umpama tsunami mahu melanggar.Dialah cinta pertamaku. Sukar benar untuk aku melupakannya. Sukar juga untuk aku menghiraukannya. Banyak benar halangan menimpa. Tetapi hati ini tetap bertekad tidak akan sesekali kembali padanya lagi.

Aku cuba mencari pengganti. Cuba mengisi hati.Tetapi semuanya hanya dipalit luka kembali. Tidak pernah aku temui sesiapapun yang aku ingin melihatnya seperti mana aku melihat dia yang dulu. Melihat setiap kesempurnaannya adalah satu kelebihannya, dan melihat keburukkannya umpama kesempurnaannya.

Hingga aku menemui seseorang. Seseorang yang beza tarafnya denganku. Seseorang yang berbeza darjatnya denganku. Ya, bagi aku semua itu tidak penting. Tetapi bagi dirinya? Tertanya-tanya kepada hati, sebenarnya si dia yang pertama kali aku jumpa sebelum aku bertemu dengan cinta pertamaku. Sejak pertemuan itu aku tertarik dengan perwatakannya ketika waktu lama dahulu.

Tetapi tidak tersangka hati yang pernah terdetik itu berbuah dan berbunga hingga kini. Tidak tahu apa, mengapa, dan bagaimana. Tetapi untuk masa kini dialah yang mampu mengubah pandangan mataku. Mungkin sebelum ini tidak aku hiraukan kerana dia adalah guruku dan aku fikir semua itu adalah mustahil. Tetapi tidak tahu mengapa hati ini semakin hari semakin kuat berkata-kata.

Namun kini aku sedar, manakan sama pipit dengan enggang. Dia telah menemui haluan hidupnya. Dia telah berjumpa dengan masa hadapannya. Tetapi aku.. Aku masih di sini. Tak mungkin aku mampu untuk berdiri sama tinggi dengannya. Dia guruku. Tidak mungkin sesekali aku akan musnahkan hubungan baik antara kami guru dan pelajar. Tidak mungkin dia juga menerima aku.

Ya Allah... Tiada apa yang aku inginkan di dalam hidup ini melainkan Engkau buangkanlah segala perasaan cintaku kepada manusia jika benar tiada jodohku di dunia ini.Jauhkan lah aku daripada semua perasaan itu.Aku tidak mahu terus menangisi manusia yang tidak diciptakan untukku.Sesungguhnya airmata ini aku hanya ingin alirkannya hanya untukMU Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

-pencari NUR

Sunday, 20 January 2013

Warkah Untuk Muhammad Rasulku

Engkau pergi meningglkan kami umat terakhirmu
Engkau pergi tanpa sempat memandang ke arah kami
Engkau pergi dengan sebaris katamu
Ummati.. Ummati.. Ummati...

Ya Muhammad Ya Rasul Allah
Ya Muhammad Ya Nabi Allah
Ya Muhammad Ya Kekasih Allah

Jika engkau masih hidup hingga kini
Pastinya engkau sangat kecewa dengan kami
Jika engkau masih hidup hingga kini
Pastinya airmatamu sentiasa mengalir kerana kami

Aku memerhati segenap ruang dunia ini
Kebanyakkan daripada kami lemas di telan duniawi
Hanya sesetengah daripada kami yang teguh berjuang untuk Islami
Namun tahukah dirimu mengenai dunia kini?

Ya Rasulku
Betapa aku merasa resah melihat dunia kini

Sirahmu semakin diketepikan
Ajaranmu semakin dihindarkan
Pengorbananmu semakin dilupakan
Harapanmu semakin dikuburkan

Betapa kami ini sangat kejam denganmu
Ya Muhammad
Betapa kami ini sangat mengecewakanmu
Ya Muhammad

Sungguh aku malu untuk berdepan denganmu
Sungguh aku malu untuk meminta syafaatmu
Sungguh aku malu untuk meminta syurga dari kekasihmu(Allah SWT)

Ya Muhammad Ya Rasulku
Ya Muhammad Ya Nabiku

Ku titipkan warkah ini untukmu
Aku sesungguhnya rindu padamu
Aku menjadi malu untuk berdepan denganmu
Aku tertanya-tanya..
Apakah aku masih layak untuk dikasihi mu?
Apakah aku masih layak menerima syafaat mu?

Kasihku padamu kian teguh di hati
Entah mengapa semakin hari aku merindui mu
Rindu ini semakin menebal di dalam hati
Segenap ruangnya hanya untukmu

Ya Muhammad
Namamu sentiasa di dalam doaku
Namamu sentiasa di dalam solatku
Namamu sentiasa di dalam hatiku

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT,
dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNYA...

-pencari NUR

Saturday, 19 January 2013

Rinduku Untuk Rasulku

Lahirnya adalah satu anugerah terbesar dariNYA
Lahirnya adalah satu nikmat terbesar dariNYA
Lahirnya adalah satu perubahan besar dariNYA
Lahirnya juga adalah umpama lahirnya sebuah permata yang sangat tidak ternilai harganya..

Muhammad Ya Rasulullah..
Muhammad Ya Rasulullah..
Muhammad Ya Rasulullah...

Besarnya pengorbananmu wahai kekasih Allah
Besarnya nilai setitik darahmu yang jatuh ke bumi demi kami Ya Rasul Allah
Tingginya harga airmatamu yang sentiasa menangisi kami Ya Muhammad
Tingginya harapan menggunungmu terhadap kami Ya Nabiku..

Ummati.. ummati.. ya ummati..

Inilah kata-kata akhirmu tika dirimu disambut ajal
Inilah kata-katamu yang membuat sekalian disisimu menangis dan terus menangis
Inilah kata-katamu yang sering di laungkan selepas ketiadaanmu
Inilah kata-kata yang sangat ingin didengari oleh kami

Ya Rasul Allah..

Rindunya kami terhadapmu lebih daripada dirimu merindui kami
Beruntungnya mereka yang dapat memandang matamu
Beruntungnya mereka yang dapat memegang tanganmu
Beruntung jua mereka yang dapat menyapu air matamu yang menitis kerana kami..

Ya Muhammad...
Ya Muhammad...
Ya Muhammad...

Rindu kami terhadapmu tidak terucap dek kata-kata
Rindu kami terhadapmu tidak terkeluar dek air mata
Rindunya kami terhadapmu kerana kami lahir selepas hidupmu...

-pencari NUR


Hayatilah Cinta Kerana Allah SWT

Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa
Cinta pada Allah sahaja yang abadi..

Cinta itu adalah satu anugerah terindah,
Cinta itu cuma satu patah pertkataan,
Maknanya berbeza bagi setiap insan..

Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta,
Tapi tidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta,
Kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar,
Sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati dan perasaan..

Cinta memang indah,
Tetapi apabila cinta disertai dengan dusta & penipuan,
Maka keindahan cinta itu akan hilang...

-pencari NUR

Thursday, 17 January 2013

The Letters

Hargai Orang Sekeliling Anda ^_^


Hati Ini 3

Aku kini tercari-cari apakah sebenarnya yang ada di dalam hatiku ini. Hati yang telah sekian lama terluka sentiasa terluka kembali apabila ianya hampir sembuh. Apa yang harus aku lakukan? Untuk melupainya sukar jua kerana setiap perkara yang berkaitan dengan dirinya sering mengekoriku.

Ya Tuhan, jika benar dia bukan jodohku Engkau hilangkanlah perasaan yang ada di dalam jiwa ini sejauh-jauhnya dan jika masih ada jodohku di dunia ini Engkau dekatkanlah kami agar aku tidak terseksa dan sentiasa menangisi seorang manusia yang tidak pernah memandangku. Kerana aku hanya ingin mengalirkan air mata ini hanya untukMu Ya Tuhanku..

-pencari NUR