Sukar untuk mencari seseorang dan memandang setiap keburukkannya adalah kesempurnaannya. Berkali-kali aku mencuba, tetapi belum ku temui hingga kini. Dulu aku juga seperti remaja-remaja lain. Pernah bercouple, tetapi bila kematangan mula mengajarku aku sedar itu semua hanyalah permainan masa muda.
Tetapi sejak pertama kali aku melihat si dia jangtung ini sentiasa berdegup kencang umpama petir mahu menyambar, umpama tsunami mahu melanggar.Dialah cinta pertamaku. Sukar benar untuk aku melupakannya. Sukar juga untuk aku menghiraukannya. Banyak benar halangan menimpa. Tetapi hati ini tetap bertekad tidak akan sesekali kembali padanya lagi.
Aku cuba mencari pengganti. Cuba mengisi hati.Tetapi semuanya hanya dipalit luka kembali. Tidak pernah aku temui sesiapapun yang aku ingin melihatnya seperti mana aku melihat dia yang dulu. Melihat setiap kesempurnaannya adalah satu kelebihannya, dan melihat keburukkannya umpama kesempurnaannya.
Hingga aku menemui seseorang. Seseorang yang beza tarafnya denganku. Seseorang yang berbeza darjatnya denganku. Ya, bagi aku semua itu tidak penting. Tetapi bagi dirinya? Tertanya-tanya kepada hati, sebenarnya si dia yang pertama kali aku jumpa sebelum aku bertemu dengan cinta pertamaku. Sejak pertemuan itu aku tertarik dengan perwatakannya ketika waktu lama dahulu.
Tetapi tidak tersangka hati yang pernah terdetik itu berbuah dan berbunga hingga kini. Tidak tahu apa, mengapa, dan bagaimana. Tetapi untuk masa kini dialah yang mampu mengubah pandangan mataku. Mungkin sebelum ini tidak aku hiraukan kerana dia adalah guruku dan aku fikir semua itu adalah mustahil. Tetapi tidak tahu mengapa hati ini semakin hari semakin kuat berkata-kata.
Namun kini aku sedar, manakan sama pipit dengan enggang. Dia telah menemui haluan hidupnya. Dia telah berjumpa dengan masa hadapannya. Tetapi aku.. Aku masih di sini. Tak mungkin aku mampu untuk berdiri sama tinggi dengannya. Dia guruku. Tidak mungkin sesekali aku akan musnahkan hubungan baik antara kami guru dan pelajar. Tidak mungkin dia juga menerima aku.
Ya Allah... Tiada apa yang aku inginkan di dalam hidup ini melainkan Engkau buangkanlah segala perasaan cintaku kepada manusia jika benar tiada jodohku di dunia ini.Jauhkan lah aku daripada semua perasaan itu.Aku tidak mahu terus menangisi manusia yang tidak diciptakan untukku.Sesungguhnya airmata ini aku hanya ingin alirkannya hanya untukMU Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
-pencari NUR
No comments:
Post a Comment
-Silalah comment kalau anda suka..
-Saya tak memaksa :)