Cinta.. Ada apa dengan cinta?
Manusia tidak dapat lari daripada mecintai dan dicintai. Kadang-kadang liku-liku yang ditempuhi adalah sangat sukar dan menjeratkan diri. Hanya yang kuat dan tabah, mampu atasi perjalanan itu hingga ke hujungnya.
Cinta.. Kadang-kadang ia datang tanpa diundang dan pergi tanpa di duga.
Sukar untuk melupakan kenangan yang lalu. Sering kali diri ini dihantui masa silam. Bagaimana diri ini tidak rebah kembali? Bagaimana diri ini tidak tersakiti lagi, jika berterusan dibayangi pahit getir hidup yang dulu.. Diri ini cuba mencari haluan, cuba mencari sinar bahagia dari sebuah ruang kehidupan, cuba mencari petunjukNYA di sujud terakhir istikharah. Tetapi DIA yang Maha Berkuasa berbicara lembut dengan ku. Sejak dulu lagi DIA berkata-kata pada ku. "Belum sampai waktumu wahai hambaku." Dari situ aku memahami segalanya.
Dikala diri ini cuba mengubah impian dan mimpi-mimpi indah, hadir kembali dia yang dulu pernah bertakhta di hati. Dikala hati ini cuba membuang segala perasaan cinta pada manusia, dia hadir kembali menyentuh hati yang tidak pernah sembuh lukanya. Dikala hati ini cuba melupakan segala kenangan, dia hadir mengingatkan segalanya. Dikala hati ini mudah menerima hadirnya seorang sahabat, dia kembali meminta peluang ke dua.
Wahai dirimu yang pernah aku kasihi,
Kisah kita telah lama berkubur. Apakah kerana kenangan kita masih belum terkubur engkau muncul kembali kini meminta ruang untuk bertakhta semula di dalam hati? Apa pula agenda mu kini? Tahukah dirimu dikala namamu sering kali menjadi sebutan, dikala segalanya tentang dirimu sering bermain di fikiran ku.. hati ini menangis semahu-mahunya. Tahukah dirimu diri ini sangat terseksa bila mata ini tidak mampu mengeluarkan setitik air mata pun.
Setelah engkau pergi meninggalkan aku dalam keadaan tertanya-tanya, hampir nyawa ini melayang dek terseksa dengan himpitan dugaan yang mendatang. Tanpa adanya sahabat di sisi, tanpa adanya keluarga di sisi, dan tanpa kasihNYA yang hakiki tidak mungkin aku masih bernafas hingga kini.
Apakah peluang kedua harus diberi? Apakah hukum karma ini harus ku lalui lagi? Apakah muslihat mu pada ku? Apa masih ada lagi dosaku dulu yang membuatkan aku kembali menjalani hukuman sebegini? Apa masih tidak ada lagikah ruang untuk aku mengecap bahagia?
-pencari NUR
No comments:
Post a Comment
-Silalah comment kalau anda suka..
-Saya tak memaksa :)