Cinta yang dulunya ditinggalkan, kurasakan bertaut kembali kini. Hari-hari yang berlalu semakin membahagiakan. Tangisan dahulu semakin hilang di pendengaran. Kini hanya tawa dan senyuman sentiasa bermain di bibir. Kurasa amat bahagia.Pada mulanya aku rasakan was-was untuk menerimanya kembali. Tetapi, kerana hati ni sukar meninggalkannya.. kerana fikiran ini sukar meninggalkannya.. kerana mata ini sukar untuk tidak melihatnya.. kerana bibir ini sukar untuk tidak menyebut namanya.. kerana telinga ini sukar untuk tidak mendengar suaranya.. Aku kambali memberinya peluang. Walaupun diri ini kuat melarang untuk terluka kali seterusnya.
Bahagianya aku tidak terucap dek kata-kata. Bahagianya aku tidak terkeluar dek bibir berbicara. Andai dia tahu betapa hati ni sangat bahagia setelah dia kembali. Andai dia tahu betapa aku sentiasa mengharap padanya. Andai dia tahu betapa aku menyayanginya. Andai dia tahu betapa aku mecintainya dan segala perasaan itu adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana rasa ingin memiliki. Tetapi kerana rasa ingin mecintai dan dicintai.
Andai dia mengetahui segala yang ada dalam hati ini, pasti perkara yang sama tidak akan berlaku. Semakin lama, semakin aku merasai jarak antara kita semakin menjauh. Hari ini, masa kini, jam ini, detik ini, aku tertanya-tanya mengapa dirimu sukar memberi ruang untuk aku? Walaupun dirimu ingin kembali padaku, aku merasakan itu semua hanyalah kerana dirimu tidak mahu kesepian dan keseorangan. Tetapi aku tetap menerimamu seadanya kerana aku fikir untuk mengubat hatimu yang terluka.
Persoalan adakah tepat tindakan ku itu aku letakkan ke tepi. Tetapi saat ini aku merasa kosong, aku merasa sepi, aku merasa tersisih, aku merasa ditinggalkan, aku merasa kesunyian, aku merasa keseorangan, dan tangis yang dulu kembali semula...
-pencari NUR
No comments:
Post a Comment
-Silalah comment kalau anda suka..
-Saya tak memaksa :)