Seharian aku mencari jawapan kepada pelbagai persoalan. Persoalan yang sering kali bermain difikiranku sejak tragedi yang dulu. Apakah aku ini hanyalah sebuah bebanan? Apakah aku ini sering membuatkan hidupmu menjadi tidak menentu? Adakah aku ini sering membuatkan dirimu menjadi rimas? Adakah aku ini hanyalah permainan hidupmu? Dan.. apakah salah perasaan ku ini?
Seharian berlalu umpama taufan melanda. Tidurku menjadi tak lena. Makanku menjadi tak lalu. Tubuhku umpama jasad di bumi tetapi jiwa terbang melayang. Bayanganmu ada di mana-mana. Tak tertanggung rindu ini terhadapmu. Air mata mengalir lagi.
Malamnya engkau hadir dengan kata-kata yang menyakitkan jiwa. Semalaman aku menangis berendam dengan air mata. Persoalanku ditinggalkan tanpa jawapan. Paginya aku menanti kata-kata yang dapat memujuk kembali hati yang sedang berduka ini. Aku menuntut kembali jawapan darimu.
Wahai kekasih hati maafkan aku kerana aku telah tersalah anggap tentangmu. Maafkan aku kerana aku sering memarahimu. Maafkan aku kerana aku tidak pernah memahami mu. Maafkan aku..
Kini aku mengerti segalanya. Maaf kerana aku tersalah anggap denganmu. Sikap aku terburu-buru kerana takut akan kehilanganmu. Tapi ketahuilah dirimu aku sangat mencintai dan menyayangimu. Datanglah berjuta lelaki pun engkau tetap pilihan aku. Kerana.. hati ini tidak pernah menyebut nama lain melainkan namamu. Hati ini tidak pernah tersentuh oleh sesiapa pun sejak ianya tertutup hanya untukmu.
Aku tidak memberikan kata janji. Tapi aku yakin hanya dirimu yang akan aku cintai hingga akhir hayatku. Bersama denganku, aku tidak akan pernah tinggalkanmu.
-pencari NUR
No comments:
Post a Comment
-Silalah comment kalau anda suka..
-Saya tak memaksa :)